CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 27 November 2012

antara kau dan aku

makin lame makin aku xfhm dgn sikap dia..serious..mmg kwn jek..tp still syg..n aq xanggp dia kwn pon..tp ntah lah..pening plak dibuatnye..aq cm rase hidup xselesa plak..cm sentiasa diperhatikan..aku komen2 dgn mmbe dia suh g cple dgn org tu..ade ke patot..xnk lah..ape lah..pelik lah..bkn kuar berdua pon..hmm..salah ke??td dia ada sebot2 pasal janji2..bile tny knp..xnk jwb plak..jwb xde pape..isy..ntah la..xfhm...cm ne nk fhmkan ek??ade x seseorg boleh tlg aku fhmkan??ajo la ckit..pening lah..cm ne la care utk jg perasaan dia..aq dh try yg terbaik dh..tp cm still xpuas ht jek...hmm...nk jek aku hidden semua2 dlm fb tuh..biar semua xbole tgk..skrg ni..aku dh tkt plak nk komen2..adehh...ape ptt aku buat..buat xtau ke cm ne?

Tuesday, 6 November 2012

maaf

dengan masalah yg aku tanggung sekarang ni..semua yg aku buat semua xkena..semua jadi salah..aku plak..cepat je nk marah..cepat je nk badmood..hmm..aku perlukan seseorang untuk menceritakan masalah aku..tapi..nobody yg sudi..semua aku tanggung sorang2..dengan family aku mcm ni..sorang ke hulu sorang ke hilir..aku kat tengah2..xtau nk ikot yg mana satu..kat luar semua nampak aku senyum..nampak aku happy..nampak mcm xde pape..tp ape yg aku tanggung bukan mcm yg semua fikirkan..mmg nmpk mcm aku xamek peduli..xamek tahu..tp..hati ni..sedih sgt2..kepada semua..aku minta maaf kalo aku tetibe marah2 tetibe badmood tetibe sedih tetibe nangis tetibe suka n semua2 lah..aku mintak maaf..wlpn mslh ni nmpk kecik..tp bg aku..mslh ni besar sgt2..emosi aku sentiasa terusik..mood sentiasa berubah..aku pon xtau nk wat cm ne..xmgkn nk ddk diam je..ntah laa..

Sunday, 23 September 2012

10 cara bila bergaduh

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.





10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.
p/s : Jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2kan…Peace no war!!

Friday, 14 September 2012

kita tak sama

apa yang kamu fikir tak sama dengan apa yang saya fikir..apa yang ada di hati kamu tak sama dengan apa yang ada di hati saya..apa yang kamu lakukan tak sama dengan apa yang saya lakukan..jangan samakan saya dengan kamu..kamu..jangan benci pada semua perempuan..kerana perempuan jugalah yang bakal menjadi suri dalam hidup kamu suatu hari nanti..cukuplah kamu benci pada saya seorang..saya terima..hari ni kamu mara saya kan??sebab layankan sangat emo saya..settiap keputusan bukan saya yang buat..bukan atas kehendak saya..juga bukan bermaksud saya tak layan..tapi saya takut bila saya layan kamu akan fikir saya masih tidak berubah..saya takut kamu akan cakap saya layan kamu sama jah dengan saya layan kwn2 laki saya yang lain..tapi sebenarnya tidak sama..jauh beza..kamu pun still ungkit2 lagi pasal lelaki itu..padahal..saya jarang sangat berhubung dengan dia..saya tahu..bila saya cakap..kamu tidak akan percaya pada saya..saya tahu kamu tetap akan fikir saya tipu kamu..saya cuma nk kamu tahu saya bukan macam dulu lagi..saya cuma tak mahu kamu berfikir buruk tentang saya..saya takut kamu akan lebih benci saya..saya tahu tekanan kamu kuat..tapi saya tak tahu mcm mana nk kurangkan tekanan kamu..sedangkan saya sendiri ada tekanan..sejujurnya saya ckp..saya tidak dapat berfikir secara waras n rasional..disebabkan period pain teruk hr ni..xpe..tu hal kecik jah..bukan sengaja nk emo kat kamu..tapi tu lah kenyataan..lepas ni kalo kamu still nk layan saya dengan teruk..saya terima..saya tak kisah..saya tahu..apa yang berlaku tu sebab kesilapan dan kesalahan saya..saya mengaku..ok??saya harap kamu dapat menjaga dir kamu dengan baik..dan jika saya penyebab kamu mendapat tekanan..saya tak akan ganggu kamu lagi..mmg itu yang kamu mahu dari dulu kan?

Tuesday, 24 July 2012

thanks n sorry

hari ni..aku dilayan dgn sgt baik oleh dia..
thanks B..
aku tau aku wat salah hr ni..tapi
dia lyn aku baik sgt..
thanks B
hari ni perangai aku terok..
sampai aku wat dia xda mood..
sorry B..
selama ni mmg dia sabar lyn kerenah aku..
tp aku plak..makin terok perangai..
sorry B
sepatutnya aku happy kn dia..
dia kn pnt sgt hr ni..
tp aku makin wat dia xda mood..
sorry B
bile aku minta maaf..
dia seolah2 wat bodo jah..
tp..
aku tau dia mmafkn aku..
thanks B
semalam kami ok..
tp hr ni kami xok pla..
sume aq pny pasal..
sorry B
b..sorry sgt2 pasal hr ni..

Monday, 16 July 2012

jangan terlalu mencari kesempurnaan


Suatu hari, Abraham berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.

“Besok saya bakal menikah, Abraham,” kata temannya dengan nada gembira.

“Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Abraham pernah berfikir untuk menikah?” tanyanya.

Abraham tersenyum dan berkata,

”Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya.”

Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.

“Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan.”

Tanya temannya, ” Abraham seterusnya pergi ke mana?”

Abraham kembali tersenyum “Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

“Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna.”

“Habis, kenapa Abraham tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?”

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Abraham membalas, ” Itulah, dia juga mencari suami sempurna.”


Moral :


“…aku tidak mencari yang terlalu sempurna, tetapi cukup bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya..”

pertanda dia jodoh kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, 15 July 2012

ku berharap..

Kuharap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawaban
Yang ada hanyalah persoalan

Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan
Di manakah keikhlasan
Di manakah kejujuran

Kerana Tuhan hanya mahukan
Kejujuran, keikhlasan
cinta

Kuharap
kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Saturday, 7 July 2012

tentang rasa..

dapatkah selamanya kita bersama..
menyatukan perasaan kau dan aku..


Monday, 4 June 2012

bila saya sudah bosan

bila bosan start la bkak youtube..
pas tu cari la lagu2 yg sedap didengar..
lyn la lagu ni..
best plak bile sesekali dgr..
hahaha


best kn??
hahha..lagu lame..
hahaha..dengar2 kn selalu..

Saturday, 2 June 2012

dulu lain sekarang lain

maybe dia ckp cm tu sbb nk sakitkan hati ko jek kot..saba jek la..kn dah pnh ckp..once dia berubah..dia akan berubah 100%..so terima jek la..biarlah dia nk lyn ko teruk mcm mane pon..biarlah dia lyn org lain dgn baik sekali pon..jgn la ade syak yg bukan2..doa byk2 biar hati ttp yakin..kebelakangan ni aku cube elak dari bercakap ttg perasaan..aku takut..serius aku tkt..now aku cume lupekan semua tu..n aku harap dia pon same..aku tau mmg ssh utk dia lupekan..aku cume mampu berdoa agar dia dpt melupakan..setiap perkataan yg diucapkan tu blh wat aku rase sakit..suhu bdn pon blh menurun..kaki tgn sume sejuk..pelik tol laa..padahal dlu xpnh plak mcm ni..ntah..even konflik yg melanda dah berakhir..kdg2 kuar gak ayat menyindir..telan aje la bolat2..pahit ke manis ke..telan je..xpyh kunyah2..huhuhu..dasyat plak ayt aku mlm ni..tp tu la kenyataan..kdg2 bnd ni sume wat aku rase nk give up..kdg2 pnt..tp aku tetap kuatkn jgk semangat tu..tp aq tahu 1 hr nnt aku jd xkuat jgk..n mase tu..even xredha..ku ttp redhakn jgk..aq knl diri aq..sekuat mane pon aku..1 hr nnt jatuh jgk..aq hny manusia biase..

awk jgn risau..1 hr nnt bile sy dah jd lemah..bile sy da xdpt nk cari dimana kekuatan sy..sy tinggalkan awk..utk selamanya..mase tu awk  bebas..mase tu mmg antara kite xde jodoh daaa...btw..sebelom sy terlupa nnt..sy nk ckp awl2 dlu..terima kasih utk semuanya n halalkan mkn minum sy selama ni..n sy mtk maaf atas semua kesalahan sy..ye la..ne tau t terlupa nk ckp..so sy ckp la dlu..hehehe..

aku sebagai penganggur

haaa..bosan duk umah..
nk merayap xda wang..
nk keje malas lg..
nk wat pe ek??
bila dah bosan selalu la cari makanan..
bc novel da 7 bijik novel aku khatam..
on9..hari2 on9..
bosan2 lyn jek la lagu ni..


ntah ape2 pny lagu aku pon xtahu..
kdg2 rase lagu ni best..
kdg2 rase lagu ni ngarut..
hahaha..layan jek laaa

Wednesday, 23 May 2012

alhamdulillah..

alhamdulillah..hubungan semakin pulih sekarang..walaupun xberpasangan..tp sbgai kwn rapat..tu pon dah syukur..setiap dugaan dihadapi dgn sabar..akn dpt balasan yg baik..amin..terima kasih kerana masih anggap diri ni sbg teman..xdpt nk diucap dgn kata2..hny mampu bersyukur..alhamdulillah..layanan semakin baik..semakin mesra..aq pon dah puas hidup bertemankan air mata..hati diduga dgn dasyat sekali..semalam..kami telah sepakat utk menjadi kwn istimewa..bkn couple..friends..seriusly terharu n suke sgt2..anyway..sorry la kalo sesape yg bc blog ni terase meluat plak kn..sebab always update pasal bnd2 cm ni..huhu..sorry sgt..sbb aq xde tmpt nk ngadu..nk luahkan perasaan..so..blog ni la mangsanya.huhuhu..pasni aku update bnd len plak ah..hati aq pn dah ok ckit la..dibandingkn yg lepas2..dari pada kejadian leps..aku belajar utk sabar..aku belajar utk menerima..aku belajar rase sakit..huhu..serius sakit..even org tgk aku senyum hepi..tp..dalam hati..xde sape tau..huhu..terima kasih ya Allah..

Tuesday, 22 May 2012

sampai bile??

YA ALLAH..kuatkan la semangat dan hati ku ini..utk menerima segala dugaan daripadanya..iklaskan lah hati ku supaya menerima setiap cercaan darinya..aq terima semuanya dengan iklas..jauhkan lah aku dari syak wasangka yg bukan2 pdnya..tinggikan lah tahap kesabaran ku..tetapkan lah imanku padamu..jauhkan lah aku dari hasutan syaitan..sesungguhnya aku xmampu untuk membenci dirinya..
biarlah seteruk mane pon dia wat pd aku..aku mst kuat..aq xkn mudah putus asa..walaupun kdg2 hati ini goyah utk menerima setiap kata2nya..mmg ni la layanan yg patot aku terima dari dia..xpe la..mgkn dulu aku mudah melenting..mudah naik marah..sbb tu dia lyn aku cm ni kn..xpe..redha..iklaskan hati tu..mudah2an suatu hari nnt dia akan menerima aku dan melupakan semuanya..ape yg harus aku buat..berdoalah banyak2..tp doa tnp usaha xgne jgk kn??so..doa disertakan denga usaha..pasti akan berjaya..yainkn diri agar bisa melalui setiap dugaan dan cabaran..mungkin ALLAH menduga ku dengan cara seperti ini dan melalui dirinya..
ketahuilah..setiap ape yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..hikmah yang baik utk diri kite..mgkn kite xnmpk sekarang..xpe..satu hari nnt pst kita akan tahu hikmah disebalik kejadian..

Monday, 21 May 2012

yakinkan diri..

cuba meyakin kan diri dengan kata2 ni..:

"sy dgn anis hanya kawan baik je...xlbh drpd tu..n sy akn lyn awk lbh baik drpd dia..klau sy cte yg dia nak mskkan ape smua tu..mmg btl pun,klau sy tolak..dia ckp sy sombong n lupe kwn..so sy trme je...ingt....bg sy,kwn adalah kwn...xlebih drpd tu...
sy harap awk faham...
n awk plak,sy xaggp lgsg awk kwn...
sy still aggp awk mcm dlu...
tp sje je sy ckp kwn sbb hati n perasaan n kepercayaan sy blm cukp kuat...
wlpn sy syg anis..tp sy syg awk lg byk drpd dia...

bg sy awk hny jahat bile kte berjauhan...
tp awk sgt baik n menyenangkan bile kte kluar same2..tu la kenyataannye...
n sy rsau sgt awk berubah bile awk smbg bljr nnt...serius risau.."

hope kate2 cm ni bukan 1 permainan hati..aku dah tak sanggup..serius sakit..
hope kate2 tu blh meyakinkan hati aq yg gundah gulana nih..
hope keyakinan kate2 tu boleh mengubat hati ni..
hope kate2 tu boleh kuatkan hati..
aminn..

Saturday, 19 May 2012

sesuatu sering mengganggu fikiran

isy..ape la nk jd dengan aku ni..always fikir bukan2..yakin lah pd diri sendiri..jgn ikot sgt akal fikiran yg bukan2 tu..istigfar byk2 pipah..buang semua yg xbetol..yakin lah dia akan jadi milik mu suatu hr nnt..jika benar kau menyayangi dirinya..yakin lah..dia akan jd milikmu..tp usaha tu mst ade..xpe la..yakin pd jodoh..doa byk2..supaya terbuka pintu hatinya utk mu..supaya dia dapat menyayangi mu seperti dulu..jgn lah sedih lg wahai hati..aq dah xsggp utk sedih lg..tp..cm ne nk wat ek utk elak dari fikir bukan2..kdg2 bnd ni la yg melemahkan semangat aku..always fikir bukan2..bykkn istigfar..huhuhu..tu jwpn yg selalu aku terima..tp kdg2 bnd tu kuat tol..xbole lwn..huhuhu..kdg2 smpai nangis..saba lah wahai hati..bkn senang nk amek semula hati org yg dah kecewa ni..kuatkan semangat..cube yg terbaik utk ambil semula hatinya..cube la yg terbaik utk xfkr bukan2..please la..

Thursday, 17 May 2012

terima kasih ya ALLAH

 Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

Wednesday, 16 May 2012

terima kasih banyak2..

"sy benci awk"..sakit sgt bile awk ckp mcm tu..smpai hari ni..awk still benci sy..tp..terima kasih sebab masih bg sy peluang..biar sy sakit..xkisah..seteruk mane pon awk lyn sy..sy terima..dgn hati terbuka..sy terima awk nk ckp ape pon kat sy..sy terima semuanya..yg penting bg lah sy 1 peluang TERAKHIR..utk sy mengambil tempat dlm hati awk tu..andai kata sy xjujur pd awk lg..andai kata sy mungkir janji sy lagi..sy sendiri akan tarik diri..sy sendiri akan pergi dari hidup awk..and mase tu sy xkn kacau awk sampai bile2..tu ikrar sy..awk..terima kasih sgt2..bg sy peluang utk sy..sy akan hargai..even awk lyn sy teruk mcm mane pon..even awk xcye kat sy..sy ttp usaha utk dpt blik kepercayaan awk tu..sy tetap usaha utk dpt tmpt di hati awk semula..biar lah org nk kate perigi cari timba ke..pmpuan xmalu..xde harga diri..sy xpeduli..cme 1 je sy nk..awk jgn tinggal kn sy..please..sy merayu..tu je..

bersabarlah wahai hati

hati..
sabarlah dikala dugaan dtg melanda..
sabarlah disaat masalah menimpa..
sabarlah apabila kau harus memilih..
bersabarlah wahai hati..

hati..
harus kuat disaat cabaran itu ada..
harus sedia apabila keputusan dibuat
harus menerima apa yg datang dan pergi
harus tabah mengharungi dugaan..
bersabarlah wahai hati..

Monday, 14 May 2012

rase balik pe yg dia rase

sy minta maaf..ni memang risiko yg patot sy ambik..sy faham kalo awk ckp awk g stdy..cm ne awk blh fhm sy mase sy stdy dlu...cm tu la sy blh fhm awk..tp seriusly sy mtk maaf..fikiran sy ni selalu pk bukan2..cm hari ni..awk xmsj awk xon9..sy..pk awk kuar dgn that girl..huhuhu..hakikatnye awk g kelas kn??ntah la..mgkn sy tahu yg korg suka sama suka..kdg2 terpikir jgk..yg sy nk tarik diri..tp..sy xbole..awk jgk ckp jgn seksa diri sendiri..kalo sy tarik diri mean sy seksa diri..seksa perasaan sy sendiri..luaran mmg nmpk sy kuat..tp dlm..xkuat lgsg..sy cter kat mak sy yg sy ni byk kwn laki..sy ckp awk mara sy..sy ngaku kat mak sy ni jahat..msj dgn laki lain..tp sy xkuar pon dgn laki tu..sy ckp kat mak..sy mmg ade kuar dgn laki..tp sy bwk kwn..sy bwk noni sy bwk kila..sy cter kat mak..sy tak salah kn awk..mak sy ckp..'frust mak kalo xkwn'..maafkn sy..sy tercakap kat mak..awk ade kuar dgn that girl..hm..kdg2 sy rase sy nk surrender..bile sy fikir..dia lg byk peluang utk bersama awk..dia dekat dgn awk..1 tmpt blaja..ape2 pn dia lg byk kelebihan dr sy..sy mmg kalah teruk sebelum bertanding..kdg2 yg wat sy terpikir utk surrender ialah awk lebih pilih dia dr sy..sedih..sbb selama sy berkawan dgn ramai2 laki pon..sy tak pernah pilih diorg..sy ttp pilih awk..sy xprnh terdetik pon utk pilih diorg..sy xtahu la samada awk nk balas blik ke pe..ha..knp la harus berfikir yg bukan2..kdg2 sy dah xtahu nk buat pe..sy xtahu nk bukti kn kat awk cm ne..sy xtahu cm ne nk amek blik ht awk tu..sy xtahu..sy blur..sy masih xdpt jwpn knp awk bg sy peluang..yg ada dlm fikiran..sbb awk syg saya..awk..sy dah rase pe yg awk rase..even ckit..tp sy tau..sakit sgt2..sy jd suke bile awk bg sy peluang..tp hati sy tak senang..sy mtk maaf..sy redha dlm xredha..(eh..cm ne tu??)..ntah la..

Sunday, 13 May 2012

alhamdulillah..

erm..hm..nk sedih ke nk hepi ek??alhamdulillah..ade jgk peluang utk aku..amin..huuhu..hilang dah gila talak aku...hahaha...cm hilang suami jek..xpe lah..at least aku x jd bengong cm hari tu lg..ah..sudah..peluang tu ade..aku nk peluang tu..tp biarlah kami berkawan jek dlu..smpai dia betol2 yakin yg aku ni dah berubah..erm..kalo ade jodoh antara kami..harap2 berpanjangan lah..kalo xde jodoh..hope kami bahagia dgn haluan masing2..tp aku pelik..knp ssh sgt kami nk clash??dlu senang jek..aq rase cm xbole nk lepaskan dia..em...biarlah..now we're frends...tp..ade org ketiga antara kami..and..dia ya bile aku tny..yg dia lebih rela hilang aku dari hilang that girl..aduh..!!benti jap jantung..5 saat pastu..degup blik jantung..nsb baik xpitam..huhuhu..makin tipis la peluang aku..xpe2..cabaran tu..utk merebot peluang yg ade..kikiki..aq akan pstkan aku yg terbaik dari yang terbaik..ok now..nk bukak buku baru..buku lame dah boleh tanam..bako ke..huh!!

Saturday, 12 May 2012

maafkan aku

masih ada ke peluang utk aku??
betol ke mmg dah xde ruang utk aku dlm hidup mu??
mmg dah xde lgsg ke peluang utk aku dlm hati mu??



lagu ni utk awk..
walaupun dah xde peluang utk sy..
xpe lah..dgr jrk la lah lgu ni..
utk suke2..

Friday, 11 May 2012

awk...

hari ni saya...


adakah sy akn terus tggu mcm tu??
sampai bile??
benci sy ke???

Thursday, 10 May 2012

cak!!!

kantoi sudah..haha..anyway..aku bkn xkisah..dah confirm2 la dia pandang serong kat aku kn??xpe la..nk wat cm ne..hidop cume sekali..aku pon bkn da tunang ke kawen ke ape ke kn..so..enjoy jek la.tp jauh dari sudut hati..sedih sebenarnye..huhu..aq byk scandel ke ape ke..tp..dlm hati aq sape tahu??aq syg sape..cinta aku utk sape ape sume..kalo boleh dah mls nk pk soal hati n perasaan..bile dah dpt yg ok..aku plak jd xok..ble dpt yg xok..aku plak yg jd ok..cm ne ek??dlu..aku mmg setia..tp kamu!!wat dajal..akhirnye mkn diri sendiri..patah kaki..hambek ko!!skrg..dia plak setia..aku plak dajal..so..hambek ko pipah..dia angkat kaki dari hidop ko..pe bole wat??ko bole terima??tak kn??tu la..nakal sgt..sape suruh..nnt aku smbg..nk g mkn jap..ok..sambung balik..erm..kat mane td ek..ha..ok2..sape suruh nakal sgt..elok buang jek la prinsip lame ko tuh..amek prinsip baru..igt!!xsemua lelaki same..dia tu xsalah..pipah first love dia..huhu..tgk skang..dprd ko ade harapan..tros xde harapan kat dia..padan muke ko..dah..jgn sedih lg..kalo ade jodoh x kemane..start la berubah..ok??cabar diri sendiri utk berubah..yela..dgn umur aku skang..aku patot berubah..kalo x..sampai tua ko xkawen..haha..nk ke xkawen??erm..sedihnnye bila dia ckp..hati sy dah tertutup utk awk..huhuhu..hina sgt la aku ni kn??hm..sabo jek la..

Tuesday, 8 May 2012

kenape dengan aku??

kenapa dengan aku ni??kate redha..kate terima..tp kenapa aku menangis??knp mst aku sedih??knp??come on pipah..jgn la mcm ni..kate kuat..tp knp mcm ni..knp ko blh jd mcm ni..knp smpai demam2 ni??knp??knp sebelum2 ni ko xpnh jd mcm ni??chill la..mcm la ko xpnh kecewa..tp knp kali ni aku jd teruk sgt ek??sampai demam2..ape la..hmm..awk..maafkan sy..even sy ckp redha kat awk..tp sebenarnye sy tak redha..sy buat kptsn kerana terpaksa..sbb sy syg sy lepaskan awk..sy taknak sakitkan hati awk..sy xnk wat awk tersiksa..sy akui..sy mmg bkn pmpuan yg baik..utk sy berubah mmg ssh..lg2 utk kehilangan kawan2..utk jd baik,xkurang hajar tu mmg sy boleh ubah..tp utk kehilangan kwn..sy tak boleh..org ckp..kwn biar beribu..kasih biar satu..sy tambah..biar hilang kaasih asalkan tak hilang kwn..sbb kekasih ble pts terus xcontact..tp kwn..gaduh mcm mane pon..hubungan tu ttp xkn putus..hmm..maafkn sy..utk hilang kwn sy mmg xboleh..so..sy harap suatu hari nnt awk akn jmp dgn wanita yg ade ciri2 seperti yg awk nk tu..amin..

5 bukti si dia sayangkan kite...


Setiap pasangan yang bercinta baik lelaki mahupun wanita pasti ingin mengetahui bukti bahawa si dia benar-benar menyayangi dan mencintai diri anda. Jika dia benar-benar sayang dan cintai anda itu tandanya si dia serius dengan hubungan bersama anda.
Bukti sayang atau cinta ini bukanlah seperti yang ramai bayangkan iaitu dengan menyerahkan segala-galanya adalah bukti kepada sayang dan cinta. Anda silap. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk si dia membuktikan rasa sayang dan cintanya pada diri anda.
Berikut adalah lima bukti bahawa si dia sayangkan anda

Pertama : Dia luahkan kata sayang dan cinta pada anda

Setiap kali dia ada kesempatan untuk luahkan rasa sayang, dia akan lakukannya. Dia tidak luahkan secara berpura – pura. Sebaliknya luahan itu datang dari hatinya yang ikhlas.

Kedua : Dia luangkan masa untuk bersama dengan anda

Dia sayangkan anda jika dia sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan anda. Kadangkala, dia sanggup mengorbankan masa berharga dia untuk bersama dengan anda. Dia juga rasa bahagia jika dapat meluangkan masa bersama dengan anda.

Ketiga : Dia berikan anda hadiah yang banyak

Dia sayangkan anda jika dia selalu memberi anda hadiah walaupun tiada tujuan. Apa sahaja yang anda minta, dia akan cuba dapatkan dan jika dia tidak berjaya, dia akan gantikannya dengan yang lain. Perasaan sayang membuatkan dia selalu ingin memberi sesuatu kepada anda walaupun barang tersebut kecil

Keempat : Dia selalu tolong anda

Apabila dia selalu menolong anda, dia sememangnya sayang akan diri anda. Kangakala , hal yang kecil pun dia sanggup turun padang dan tolong anda.

Kelima : Selalu tanya khabar

Jika dia selalu sms dan telefon bertanyakan khabar pada anda, dia memang sayang pada anda. Selalunya dia akan kerap bertanya mengenal hal–hal anda kerana dia ambil berat.
Jadi tidak susah bukan untuk kita ketahui bukti bahawa si dia sayangkan kita? Oleh itu nilailah pasangan anda itu sama ada dia betul-betul sayangkan anda ataupun tidak. Ianya terpulang pada anda.

Friday, 4 May 2012

bila masalah datang

untuk masa sekarang ni..kepala aku serabut sangat..aku rase mcm dah bosan hidup ni...kadang2 aku rase menyesal plak sambung belajar..time aku belajar ni lah mcm2 masalah timbul...lagi2 masalah dgn si dia..knp la saat2 sy exam awk suruh sy pikir mcm2..awk tahu kn ape masalah sy skrg..awk tahu semua tantang keadaan sy..tp knp??sy betul2 serabut dgn adenye masalh mcm ni..sekarang ni awk suruh sy fikir pasal bnd tu??sy tk boleh nk fikir secara rasional..masalah sy yg ade sekarang pon xsettle lg..knp awk xfhm keadaan sy??lg 1..salah ke sy nk berkawan??ntah la..sy pon tak tahu nk bg awk jwpn ape sebenarnye..sy syg awk..tp sy tak boleh nk jd mcm yg awk nk..tu hakikatnye..bkn sy tak boleh tp tak jugak janji boleh jd mcm tu..awk boleh pk dgn tenang disaat waktu mcm sekarang..tp sy??keadaan sy mase awk suruh pk tu??situasi sy??sy tgh exam kot..sy tgh serabut..hmm..maaf sy xdpt bg jwpn yg tepat utk semuanya..sy cume boleh ikot ape kptsn awk..tu jek..

Thursday, 5 April 2012

aku tau ko ske bc..so bc la utk kali terakhir..khas utk ko..!!

semalam kita ok..hari ni kita mcm ni..esk??kita xtahu lg..kenapa??awk pnh tny x knp tetibe tgh elok2 ckp sy berubah mood..mmg pnh tny..tp sy cume jwb xde pape..kn??sy tahu kamu xde adk pmpuan..sbb tu kamu xfhm cm ne pmpuan..kamu anggp sume same..kdg2 pmpuan ni mudah sgt terasa..dari luaran nmpk jek dia kuat,bersemangat..tp dlm??kamu tahu??hmm..kdg2 sy rase air mate ni terlalu murah utk kamu..sy tahu kamu xsedar ape yg kamu ckpkn..kdg2 sy rase kamu ni same mcm BF or exBF kwn sy..perangai kamu berdua same..cume kwn sy jenis yg ikot jek pe yg bF dia nk..n sy jenis yg degil..xpe la..just give me back my cici n my phone n i'll give u back ur phone n hard disk..sorry..sy tak bwk blik bobo kamu..but..u can leave ur address at my inbox..n i'll pos ur bobo...this is what u want right?? "drpd blog pipah, b tau pipah dh cukp terseksa couple dgn b..b xnk menyusahkan pipah lg mulai skrg..b pun xnk pipah aggp b ni 1 bebanan dan halangan..pipah pun ade ckp nak single dlm blog..yela, smua sbb xthn dgn b pny perangai..so, b stju je la dgn ape yg pipah luahkan dlm blog tu.." ni ayat kamu tadi..MEMANG sy nk single..tapi tu semua KADANG2..dah mention pd tajuk da..KADANG2..TOLONG bc dgn TELITI..sy xde kate kamu tu bebanan..thanks la sbb suke pk bukan2 pasal sy..thanks la sebab awk selalu buktikan yg sy ni jahat..thanks la sbb awk selalu wat sy mcm ni..thanks la sbb syg sy..thanks sbb rindu sy..thanks sbb bg pinjam sume2..thanks sbb lyn sy dgn baik..and thanks for everything..

Wednesday, 4 April 2012

kadang-kadang

kadang2 aku terasa hidup aku ni sunyi sgt..mungkin xde adik beradik kot..tp aku ade kawan..kawan aku bz kot..xpe lah..

kadang2 aku terasa cm nk hidup single.yela..at least aku bebas nk buat ape jek..xde kongkongan..xde sekatan..aku blh jmp sape2 jek yg aku nk..kwn pmpuan or..kwn laki..kwn je kot..bkn pe pon..

kadang2 aku rase aku nk jd orang kaya..ha..yg ni best..sebab aku boleh beli ape yg aku nk..tnp perlu aku pk soal duit..esprcially barang2 yg branded2..bestnye..

kadang2 aku rase yg aku ni xde kwn la..sebab bile aku kat rumah..aku rase sorang2..padahal kwn aku ramai jek..even tak cecah ribu..tp ramai la..sebab lebih dari 1..

kadang2 aku rase nk jadi org pandai..yela..nk bg org respect kat aku ckit..maklom la..org pndai ni org respect..kalo org bodoh ni org cm pandang sebelah mate jek..(silap2 org tu yg lagi bodo dr kite)

kadang2 aku rase cm nk pergi jauh2..dimana xde sape pon yg kenal aku..sebab aku xrase cm ade yg knl aku..t ssh pyh aku nk kne tegur dia..

tapi sume tu kadang2 jek..bile aku suk sorg2 dlm blik mcm sekarang ni..walaubagaimana pon aku bersyukur dgn ape yg aku ade sekarang...

Thursday, 22 March 2012

salah aku kah???

masih salah aku kah kalo aku dah minta maaf tetapi masih nk bermasam muke dengan aku???salah aku kah jika aku melakukan nya secara tidak sengaja??masih salah aku lagi ke kalau aku sudah melupakan tetapi dia masih mengingati..seharusnya aku yg berdendam kerana dia melibatkan orang luar..tetapi persetankan itu semua demi nilai seorang sahabat..bertapa bodohnya aku kerana aku sanggup merendah kan harga diri aku utk pergi minta maaf pada orang mcm tu..aku tidak sepatutnye minta maaf pada org mcm tu..but now!!kau bukan kawan aku lagi..and the first time of whole my life...aku menyesal sebab ade kawan and sebab berkenalan dengan org mcm kau...frrom now..disaat ni..pada detik ini..kau bukan kawan aku..and aku tak pernah kenal kau..and..tahniah la sebab jadi org pertama..nad thanks sebab sudi tanggung dose..haha..mmg aku jahat..tapi aku tak jahil dalam bab agame..u better think before u do it..

Sunday, 18 March 2012

layann jek!!

alahai..terpikat aku lagu ni..best sgt..
bila aku jatuh cinta..
kan ku sebut nama mu
lalalala....



final projek

aku rase benci gile bile org tny 'final projek cm ne??' haa..benci giler kot..hari ni present projek..tapi segalanye hancur..aku rase cm kecewa sgt..sedih mmg sedih..tapi ape blh wat..benda da jadi..model ntah ke mane..report hancur..tkt fail jek..tapi panel ckp xfail cume kne betolkan semula report..aku tak tahu la mcm mane nk setlekan..tajuk projek tu pon aku tak faham mcm mane..aku tak tahu satu ape pon pasal projek tu..mmg tak faham..erm..sorry to my partner..sebab aku tak beri kerjasama...xpe la..benda dah jd..even byk duit aku habis tapi xpe la..anggap ini satu pengajaran dalam hidup..aku harap benda ni jd kenangan dalam hidup aku and jadikan pengajaran..aku tak menangis..aku kan kuat..hehe..erm..tapi aku akan pastikan benda ni takkan terjadi bile aku sambung degree nnt..hopefully cm tu la..

Thursday, 15 March 2012

ngokngek

aku tak puas hati tol la dgn dak ni..perlu ke melibatkan org lain dalam masalah sendiri..poyo laaa...benci giler aku dgn org mcm ni..aku pon pnh bermasalah jgk..tp xpenah lak aku libatkan org luar dlm hal ni..kate da matang..tp cm bdk2 jgk!!serious xpuas hati..ko tu mcm 'good2' plak kn nk sound2 org..bajet ko da bgs sgt r..selame ni elok je kot aku lyn ko..aku da mtk maaf kot..still xpuas hati lg ke??cm ni r..sebelom ckp tu..bek cermin dulu diri ko..tgk atas bwh..yg ko plak..xde angin xde ribot tetibe tarik muke..pehal??cm ni lah eh..ko xpuas hati bitau depan2..jgn nk wat muke taik!!benci gile aku tgk..rase nk lempang pon ade..isy!!!semak la..isy..kdg2 rase menyesal dpt kwn cm KO!!

Friday, 9 March 2012

kepada si dia

ade sebab jugak saya tak bagitahu awak yang saya ni ade blog ni..firstly sebab awak pernah cakap yang orang ada blog ni kurang kasih sayang..betol ke??ntah la..tapi itu pendapat awak..saya pon xnk kate awak cakap saya kurang kasih sayang..huhuhu..secondly..tak semua perkara saya boleh cerita kat awak..tak semua benda saya boleh cerita kat awak..sebab saya kenal awak macam mana..sy just nk jaga hati awak..saya cume taknak awak kecik hati..even bnd tu remeh bg sy..tp bagi awak bnd tu serius..kn??maafkan saya..

tudung???





Assalamualaikum . .
Tudung Labuh Hipokrit? Meh Sini Aku Jawab . .
Ni adalah status yang mendatangkan angin kemarahan aku . .

Meh aku nak bagi sikit kata² hikmat kat kau . .
...
Bertudung wajib tau tak . .
Pakai dapat pahala . .
Tak pakai dapat dosa . .
Betul ?
Mesti la betul . .

Islam menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada . .
Itu lah wujudnya tudung labuh . .

Tentang baik tak baik perangai si pemakai . .
Itu no dua . .
Yang penting . . menutup aurat itu adalah wajib . .
Perkara utama . .
Buat dapat pahala , ta buat dapat dosa . .
Itu yang penting . .

Kenapa mesti kena keluar kenyataan perempuan bertudung tak semestinya baik . .
Kenapa mesti buat kenyataan macam tu ?

Cuba korang bayangkan . .
Tiba² seorang perempuan yang baru ingin memakai tudung . .
Membaca status korang . .
Dan membatalkan niat bertudung disebabkan status korang tu . .
disebabkan statement korang tu . .
Elok orang baru nak pakai tudung jadi terus tak pakai tudung . .

Apa korang dapat ?
Korang da la berdosa sebab tak pakai tudung . .
Lepas tu mengeluarkan statement yang boleh mempengaruhi orang supaya tak bertudung . .
Bertambah² dosa . .
Korang suka ker macam tu ?
Suka kumpul dosa ?

Bagi aku . .
Siapa² perempuan yang kononnya tak dapat hidayah tu . .
Kalau taknak bertudung itu hak korang . .
Tapi jangan keluarkan statement macam tu . .
Berdosa !
Mempermainkan hukum Allah . .

Makhluk yang menentang dan mempersoalkan hukum Allah ni siapa ?
Syaitan tau ta !
Korang pernah baca sejarah syaitan ?
Pernah ?
Hanya syaitan yang menentang hukum Allah ni . .
Ingat diorang mempersoalkan perintah Allah supaya mereka sujud kepada Adam . .
diorang mempersoalkan perintah tu . . kemudian mereka menentang perintah tu . .
Menentang dan mempersoalkan perintah Allah . .
Nak jadi sama seperti itu ?
Korang pikir²kanlah . .

kalau ta nak pakai . . diam jer ah .

Thursday, 8 March 2012

aku suke lagu ni

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




Monday, 5 March 2012

ayat jiwang utk kekasih..

1. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati ..
2. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu
3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!
5. Hello..
Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!
6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
7. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang
8. Luahan Cinta Ibarat Kentut..
ditahan sakit… dilepas malu… dah keluar..fuhhh! Lega!!!
9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..
10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku…
Tekan lagi kalau masih rindu..
Lagi…
Lagi…
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu…
Aku juga sedang merinduim..
11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
14. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.
16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…
19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?
20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
22. Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…
23. Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..
24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
25. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..
26. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

Thursday, 9 February 2012

macam2 jenis

memang tak best kalo belajo dpt lecturer yg giler xsporting..straight semacam..aduhai..sem ni dapat la sorang lecturer mcm tu..cerewet semacam..bosan weh..everything nk complete..assgmnt dia xmen la copy paste ni..meniru pon xbole..ade la dia pny format2 tersendiri yang kitorg kene ikot..jwpn kuiz pon ade format jgk..xbest tol..ade sorang lecturer ni plak ngajo ok sume ok..tp care penyampaian dia tu xok..ckp cm xnk bkak mulut jek..dia ckp pon kite ssh nk fhm..lecturer spoting ade gak..ngajo ckp sorg2 pastu kuiz ujian asgmnt sume blh tiru..terbaek!!hahaha..yang lain biase2 je kot..sem ni pA ngajo..bole la..cume dia jenis byk tny n suh solve soalan tu sendiri bru dia bgtahu jwpn..ok la tu..lecturer sem ni sume cm kereta api 'harimau malaya'..bkn main laju lg,,terkontang kanting 'penumpang'..hahaha..penyelia projek plak dapat jns yang miang..aduhai..tu satu hal..dia langsung xnk membantu dalam projek kitorg..bile kite usulkan pendapat..dia jwb..'ok..yang penting siap'..mau x tensyan..ank bg pendapat lgsg..bile msg jek..mst kuar perkataan 'lawa'..ape la..dah tua kot nk miang2..hmm...xsaba rasenye nk habiskan sem ni..nk grad cpt..nk smbg degree kot..xpn keje cari duit..haha..beli kete then kawen...hahaha..