Setiap
pasangan yang bercinta baik lelaki mahupun wanita pasti ingin
mengetahui bukti bahawa si dia benar-benar menyayangi dan mencintai diri
anda. Jika dia benar-benar sayang dan cintai anda itu tandanya si dia
serius dengan hubungan bersama anda.
Bukti
sayang atau cinta ini bukanlah seperti yang ramai bayangkan iaitu
dengan menyerahkan segala-galanya adalah bukti kepada sayang dan cinta.
Anda silap. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk si dia membuktikan
rasa sayang dan cintanya pada diri anda.
Berikut adalah lima bukti bahawa si dia sayangkan anda
Pertama : Dia luahkan kata sayang dan cinta pada anda
Setiap
kali dia ada kesempatan untuk luahkan rasa sayang, dia akan lakukannya.
Dia tidak luahkan secara berpura – pura. Sebaliknya luahan itu datang
dari hatinya yang ikhlas.
Kedua : Dia luangkan masa untuk bersama dengan anda
Dia
sayangkan anda jika dia sentiasa luangkan masa untuk bersama dengan
anda. Kadangkala, dia sanggup mengorbankan masa berharga dia untuk
bersama dengan anda. Dia juga rasa bahagia jika dapat meluangkan masa
bersama dengan anda.
Ketiga : Dia berikan anda hadiah yang banyak
Dia
sayangkan anda jika dia selalu memberi anda hadiah walaupun tiada
tujuan. Apa sahaja yang anda minta, dia akan cuba dapatkan dan jika dia
tidak berjaya, dia akan gantikannya dengan yang lain. Perasaan sayang
membuatkan dia selalu ingin memberi sesuatu kepada anda walaupun barang
tersebut kecil
Keempat : Dia selalu tolong anda
Apabila
dia selalu menolong anda, dia sememangnya sayang akan diri anda.
Kangakala , hal yang kecil pun dia sanggup turun padang dan tolong anda.
Kelima : Selalu tanya khabar
Jika
dia selalu sms dan telefon bertanyakan khabar pada anda, dia memang
sayang pada anda. Selalunya dia akan kerap bertanya mengenal hal–hal
anda kerana dia ambil berat.
Jadi
tidak susah bukan untuk kita ketahui bukti bahawa si dia sayangkan
kita? Oleh itu nilailah pasangan anda itu sama ada dia betul-betul
sayangkan anda ataupun tidak. Ianya terpulang pada anda.